• PERLINDUNGAN ANDA
    KEUTAMAAN KAMI


    Simpanlah RM 1.60/hari Untuk Jaminan Dan
    Kesejahteraan Hidup Keluarga
  • Dapatkan suatu pelan yang menggabungkan...
    SKIM SIMPANAN, PELABURAN DAN PERLINDUNGAN



Y. BHG. DATUK AZIH BIN MUDA, DPSM., JMW., PPN., PLB., PJK
PRESIDEN CUEPACS

 

Pelan Takaful CUEPACS

Dalam usaha menyebarkan amalan takaful di kalangan masyarakat di Malaysia, CUEPACS telah memperkenalkan Pelan Takaful Keluarga Mutiara Plus untuk anggota sector awam dalam Kementerian / Jabatan / Agensi / Pihak berkuasa tempatan dan pasangan serta anak-anak mereka.

Penyakit kritikal kini semakin meningkat di kalangan masyarakat Malaysia. Bila kita menghadapi penyakit seperti ini tidak ada seorang pun yang akan membantu kita kecuali kita sendiri. Keluarga kita tetap mengalami kesukaran jika ditimpa malapetaka ini.

Gabungan CUEPACS merupakan satu usaha positif agar ahli-ahli tidak meninggalkan kesengsaraan kepada keluarga. CUEPACS akan tetap berada di sisi anda dan keluarga anda untuk menghulur bantuan yang diperlukan. Kekuatan CUEPACS akan menjamin anda dan keluarga anda tidak terbiar.

Saya mengalu-alukan semua kakitangan perkhidmatan awam dan ahli keluarga mengambil kesempatan menyertai skim ini kerana premiumnya rendah berbanding dengan perlindungan polisi insurans perseorangan biasa dan premium terkumpul dikembalikan mengikut kadar-kadar yang diilustrasikan.

 

Tentang E-khidmat Ikhlas

E-khidmat Ikhlas Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan objektif membekalkan insurans atau takaful yang komprehensif, murah dan mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat. Kami berpegang kepada prinsip memberikan perkhidmatan yang ikhlas kepada pelanggan kami. Dengan pengalaman dan pengetahuan kami, anda pasti akan mendapat maklumat dan nasihat yang tepat pada keperluan anda.

 

"Perlindungan anda adalah tanggungjawab kami."


Kami sentiasa bersedia memberikan penerangan yang professional serta perkhidmatan yang terbaik.