SKIM BERKUMPULAN PELBAGAI MANFAAT DENGAN 45 PENYAKIT KRITIKAL
Memberi perlindungan kewangan kepada penjawat awam jika sesuatu musibah berlaku dengan caruman bulanan yang rendah.
Skim ini adalah kerjasama antara CUEPACS dengan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad untuk memberikan perlindungan kepada kakitangan kerajaan sahaja.
Dana ini diuruskan dengan pengawasan Penasihat Korporat Syariah yang Bertauliah.
Skim ini telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri.
Sebuah perlindungan takaful yang menyeluruh dengan harga terendah yang khusus untuk penjawat awam sahaja

Kematian
Kematian Biasa/Kemalangan

TPD
TPD Biasa/Kemalangan

Penyakit Kritikal

Khairat Kematian
Memberi perlindungan kewangan kepada penjawat awam jika sesuatu musibah berlaku dengan caruman bulanan yang rendah.
Skim ini adalah gabungan ciri-ciri simpanan dan perlindungan dengan manfaat yang TINGGI.
Permohonan akan diterima tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan perubatan HANYA untuk Penjawat Awam.
CIRI-CIRI ISTIMEWA
DANA RESTU

Caruman tidak kira umur
Caruman yang sama dan tetap untuk semua peringkat umur.

Caruman yang murah
Hanya RM 50 sebulan dengan Perlindungan Komprehensif.

Perlindungan Kemalangan Diri Percuma
Pampasan Kewangan 2 Kali Ganda Bagi Kes Kemalangan

Perlindungan bagi Sekeluarga
Pasangan Dan Anak Boleh Menyertai Skim Ini Selagi Ahli Menyertai Skim Ini

Manfaat tetap walaupun tukar kerja
Ahli masih boleh menikmati manfaat skim ini walaupun telah bertukar tempat kerja selagi sumbangan premium diteruskan

Tiada Pemeriksaan Kesihatan
Sudah Sakit Boleh Mohon Dan Perlindungan Tetap Diberikan.

Manfaat Persaraan
Ahli boleh menerima pulangan berserta dividen apabila bersara (sekurang-kurangnya 12 bulan caruman) atau skim ini secara automatik matang pada umur 65 tahun.

Pelepasan Cukai
Caruman dan simpanan untuk skim ini dikecualikan daripada pengiraan cukai pendapatan. Ahli boleh mendapatkan pelepasan cukai berdasarkan ketetapan semasa LHDN.

Simpanan Masa Depan
Ahli juga boleh sambung perlindungan insuran sehingga umur 65 tahun dan akan menerima pulangan berserta dividen pada tarikh skim ini matang.
Ringkasan Manfaat
Syarat Penyertaan

1
Umur ahli dan pasangan kurang daripada 60 tahun.

2
Ahli mesti menyertai skim untuk membolehkan pasangan dan anak ahli turut menyertainya.

3
Umur anak dari 30 hari, atau kurang daripada 23 tahun

4
Penyertaan hanya bermula apabila potongan gaji pertama berkuatkuasa.
Soalan Lazim (FAQ)
Bila mula perlindungan?
Kematian dan TPD akan bermula selepas potongan gaji, penyakit kritikal & elaun harian 60hari. Selepas potongan gaji. Potongan gaji mengambil masa 2-3 bulan.
Bagaimana tuntutan bagi penyakit sedia ada?
Penyakit sedia ada tidak boleh dituntut dalam katergori pengesahan penyakit kritikal, tetapi kematian akibat penyakit sedia ada boleh dituntut dengan syarat jika kematian sedia ada. Berlaku dalam masa 2 tahun pertama, 50% dari perlindungan asal akan dibayar, sementara pampasan penuh akan dibayar jika kematian penyakit sedia ada selepas 2 tahun pertama.
Bagaimana buat tuntutan?
Hubungi syarikat insurans atau pusat khidmat pelangan CUEPACS dengan hantarkan dokumen yang diperlukan
Bilakah Tempoh matang?
Automatik matang pada umur 65 dan wang simpanan akan dipulangkan
Adakah tuntutan akan dibayar jika saya telah mempunyai perlindungan insuran/takaful lain?
Ya, plan ini tidak bertindih dengan insurans sedia ada.
Adakah layak membuat tuntutan bagi kemasukan ke wad hospital kerajaan/swasta?
Ya, hanya elaun harian akan dibayar. Plan ini tidak bayar kos rawatan.
Apa yang akan berlaku sekiranya saya menamatkan peyertaan separuh jalan?
Perlindungan akan tamat dan baki simpanan akan dibayar balik.
Bolehkah anak angkat turut serta?
Ya
Bolehkah saya menambahkan caruman bulanan?
Boleh, dengan setiap RM 11 penambahan caruman RM 10 ribu perlindungan akan diberikan.
Bolehkah caruman pasangan/anak saya lebih tinggi daripada saya?
Tidak boleh.
Apakah perbezaan insuran/takaful cuepacs dengan insuran/takaful biasa?
Pelan insurans CUEPACS lebih rendah/murah premiumnya dan manfaatnya lebih banyak. Plan ini hanya khas untuk penjawat awam dan melalui CUEPACS sahaja
Jika kematian berlaku bolehkah cuepacs automatic bayar pampasan kepada waris saya?
Waris atau sesiapa kena maklum kepada kami untuk kami proses pampasan
Jika sekeluarga saya mati dalam kemalangan, siapakah yang boleh tuntut?
Waris yang layak dari segi undang-undang. Ia akan ikut surat faraid untuk muslim.
Cara Permohonan
- 1. Lengkapkan Borang Permohonan
- 2. Lengkapkan Borang Angkasa 1/79 (Wajib disahkan Ketua Jabatan)
- 3. Sertakan salinan Kad Pengenalan ahli
- 4. Slip gaji terkini dengan QR CODE (bagi yang berkhidmat di bawah KERAJAAN PERSEKUTUAN) di dalam penyata untuk pinjaman.
- Cara bayaran untuk bulanan hanya melalui potongan gaji melalui BIRO.
- Cara bayaran melalui Kad Kredit atau Bank Transfer hanya untuk bayaran tahunan sahaja.
Hubungi Kami
Mohon Sekarang