APAKAH SKIM TAKAFUL CUEPACS?
SKIM TAKAFUL SIMPANAN DAN KESIHATAN 36 PENYAKIT KRITIKAL

Memberi perlindungan kewangan kepada penjawat awam jika sesuatu musibah berlaku dengan caruman bulanan yang rendah.

Skim ini adalah kerjasama antara CUEPACS dengan ETIQA Takaful untuk memberikan perlindungan kepada kakitangan kerajaan sahaja.

Gabungan ciri-ciri simpanan dan perlindungan dengan manfaat yang TINGGI. Pada peringkat awal, skim ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dan menerima jaminan daripada kerajaan.

etiqa-tc-logo
APA YANG DILINDUNGI?

Sebuah perlindungan takaful yang menyeluruh dengan harga terendah yang khusus untuk penjawat awam sahaja.

Kematian

Kematian Biasa/Kemalangan

TPD

TPD Biasa/Kemalangan

Penyakit Kritikal

Khairat Kematian

CIRI-CIRI ISTIMEWA

TAKAFUL CUEPACS

Caruman tidak kira umur

Caruman yang sama dan tetap untuk semua peringkat umur.

Caruman yang murah

Hanya RM 50 sebulan dengan Perlindungan Komprehensif.

Perlindungan Kemalangan Diri Percuma

Pampasan Kewangan 2 Kali Ganda Bagi Kes Kemalangan

Perlindungan bagi Sekeluarga

Pasangan Dan Anak Boleh Menyertai Skim Ini Selagi Ahli Menyertai Skim Ini

Manfaat tetap walaupun tukar kerja

Ahli masih boleh menikmati manfaat skim ini walaupun telah bertukar tempat kerja selagi sumbangan premium diteruskan

Tiada Pemeriksaan Kesihatan

Sudah Sakit Boleh Mohon Dan Perlindungan Tetap Diberikan.

Manfaat Persaraan

Ahli boleh menerima pulangan berserta dividen apabila bersara (sekurang-kurangnya 12 bulan caruman) atau skim ini secara automatik matang pada umur 65 tahun.

Pelepasan Cukai

Caruman dan simpanan untuk skim ini dikecualikan daripada pengiraan cukai pendapatan. Ahli boleh mendapatkan pelepasan cukai berdasarkan ketetapan semasa LHDN.

Simpanan Masa Depan

Ahli juga boleh sambung perlindungan insuran sehingga umur 65 tahun dan akan menerima pulangan berserta dividen pada tarikh skim ini matang.

Ringkasan Manfaat

RM50-RM100/bln. Kematian RM50k-RM100k, kemalangan RM100k-RM200k. 36 penyakit kritikal. Khas warga guru NUTP.
Program Takaful CUEPACS Memberi Perlindungan Kewangan Kepada Yang Tersayang Walaupun Anda Tiada Lagi Di Sisi Mereka Atau Mengidap Penyakit Kritikal

Mr X memperuntukkan sejumlah RM2,000 sebulan daripada gaji bulanan sebagai perbelanjaan keperluan keluarga.

Ditakdirkan Mr X terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga mengakibatkan kematian/TPD, keluarga Mr X akan menerima pampasan kewangan sebanyak RM200,000 daripada Program Takaful CUEPACS.

Walaupun ketiadaan Mr X sebagai pencari nafkah, keluarga Mr X masih boleh meneruskan kehidupan melalui pampasan kewangan yang diterima untuk tempoh 100 bulan..

Syarat Penyertaan

1

Hanya untuk Penjawat Awam SAHAJA

2

Kesemua Permohonan Akan Diterima Tanpa Perlu Menjalani Sebarang Pemeriksaan Kesihatan.

3

Penjawat Awam yang mempunyai masalah kesihatan juga masih boleh menyertai Skim Takaful CUEPACS ini.

Faq
Soalan Lazim (FAQ)

01

Bila mula perlindungan?

Kematian dan TPD akan bermula selepas potongan gaji, penyakit kritikal & elaun harian 30hari. Selepas potongan gaji. Potongan gaji mengambil masa 2-3 bulan.

02

Bagaimana tuntutan bagi penyakit sedia ada?

Penyakit sedia ada tidak boleh dituntut dalam katergori pengesahan penyakit kritikal, tetapi kematian akibat penyakit sedia ada boleh dituntut dengan syarat jika kematian sedia ada berlaku dalam masa 2 tahun pertama, 50% dari perlindungan asal akan dibayar, sementara pampasan penuh akan dibayar jika kematian penyakit sedia ada selepas 2 tahun pertama.

03

Bagaimana buat tuntutan?

Hubungi syarikat insurans atau pusat khidmat pelangan CUEPACS dengan hantarkan dokumen yang diperlukan.

04

Bilakah Tempoh matang?

Automatik matang pada umur 65 dan wang simpanan akan dipulangkan

05

Adakah tuntutan akan dibayar jika saya telah mempunyai perlindungan insuran/takaful lain?

Ya, pelan ini tidak bertindih dengan insurans sedia ada.

06

Adakah layak membuat tuntutan bagi kemasukan ke wad hospital kerajaan/swasta?

Ya, hanya elaun harian akan dibayar. Pelan ini tidak bayar kos rawatan.

07

Apa yang akan berlaku sekiranya saya menamatkan peyertaan separuh jalan?

Perlindungan akan tamat dan baki simpanan akan dibayar balik.

08

Bolehkah anak angkat turut serta?

Ya.

09

Bolehkah saya menambahkan caruman bulanan?

Boleh, dengan setiap RM 10 penambahan caruman RM 10 ribu perlindungan akan diberikan

10

Bolehkah caruman pasangan/anak saya lebih tinggi daripada saya?

Tidak boleh.

11

Apakah perbezaan insuran/takaful cuepacs dengan insuran/takaful biasa?

Pelan insurans CUEPACS lebih rendah/murah premiumnya dan manfaatnya lebih banyak. Pelan ini hanya khas untuk penjawat awam dan melalui CUEPACS sahaja

12

Jika kematian berlaku bolehkah cuepacs automatic bayar pampasan kepada waris saya?

Waris atau sesiapa kena maklum kepada kami untuk kami proses pampasan.

13

Jika sekeluarga saya mati dalam kemalangan, siapakah yang boleh tuntut?

Waris yang layak dari segi undang-undang. Ia akan ikut surat faraid untuk muslim.

Cara Permohonan

Hubungi Kami

    Mohon Sekarang