APAKAH SKIM TAKAFUL HIBAH NUTP?
SKIM TAKAFUL SIMPANAN DAN KESIHATAN 36 PENYAKIT KRITIKAL

Skim Takaful ini adalah kerjasama antara NUTP dengan ETIQA Takaful untuk memberikan perlindungan khas untuk warga guru sahaja dengan harga caruman yang jauh lebih rendah berbanding di pasaran.

Gabungan ciri-ciri simpanan dan perlindungan dengan manfaat yang TINGGI.

Pada peringkat awal, skim ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dan menerima jaminan daripada kerajaan.

etiqa-nutp-logo

CIRI-CIRI ISTIMEWA

TAKAFUL HIBAH NUTP

Caruman tidak kira umur

Caruman yang sama dan tetap untuk semua peringkat umur.

Caruman yang murah

Hanya RM 50 sebulan dengan Perlindungan Komprehensif.

Perlindungan Kemalangan Diri Percuma

Pampasan Kewangan 2 Kali Ganda Bagi Kes Kemalangan

Perlindungan bagi Sekeluarga

Pasangan Dan Anak Boleh Menyertai Skim Ini Selagi Ahli Menyertai Skim Ini

Manfaat tetap walaupun tukar kerja

Ahli masih boleh menikmati manfaat skim ini walaupun telah bertukar tempat kerja selagi sumbangan premium diteruskan

Tiada Pemeriksaan Kesihatan

Sudah Sakit Boleh Mohon Dan Perlindungan Tetap Diberikan.

Manfaat Persaraan

Ahli boleh menerima pulangan berserta dividen apabila bersara (sekurang-kurangnya 12 bulan caruman) atau skim ini secara automatik matang pada umur 65 tahun.

Pelepasan Cukai

Caruman dan simpanan untuk skim ini dikecualikan daripada pengiraan cukai pendapatan. Ahli boleh mendapatkan pelepasan cukai berdasarkan ketetapan semasa LHDN.

Simpanan Masa Depan

Ahli juga boleh sambung perlindungan insuran sehingga umur 65 tahun dan akan menerima pulangan berserta dividen pada tarikh skim ini matang.

Ringkasan Manfaat

RM50-RM100/bln. Kematian RM50k-RM100k, kemalangan RM100k-RM200k. 36 penyakit kritikal. Khas warga guru NUTP.
Program Takaful CUEPACS Memberi Perlindungan Kewangan Kepada Yang Tersayang Walaupun Anda Tiada Lagi Di Sisi Mereka Atau Mengidap Penyakit Kritikal

Mr X memperuntukkan sejumlah RM2,000 sebulan daripada gaji bulanan sebagai perbelanjaan keperluan keluarga.

Ditakdirkan Mr X terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga mengakibatkan kematian/TPD, keluarga Mr X akan menerima pampasan kewangan sebanyak RM200,000 daripada Program Takaful CUEPACS.

Walaupun ketiadaan Mr X sebagai pencari nafkah, keluarga Mr X masih boleh meneruskan kehidupan melalui pampasan kewangan yang diterima untuk tempoh 100 bulan..

Syarat Penyertaan Takaful Hibah NUTP

1

Hanya untuk WARGA GURU SAHAJA

2

Kesemua Permohonan Akan Diterima Tanpa Perlu Menjalani Sebarang Pemeriksaan Kesihatan.

3

Penjawat Awam yang mempunyai masalah kesihatan juga masih boleh menyertai Skim Takaful Hibah NUTP ini.

Faq
Soalan Lazim (FAQ)

01

Bilakah perlindungan bagi kematian dan kecacatan kekal akan bermula?

Perlindungan bagi kematian dan kecacatan kekal akan bermula selepas potongan gaji pertama dibuat.

02

Bilakah perlindungan bagi penyakit kritikal dan elaun kemasukan hospital bermula?

Perlindungan bagi penyakit kritikal dan elaun kemasukan hospital hanya akan bermula selepas 30 hari selepas potongan gaji pertama dibuat.

03

Adakah penyakit sedia ada sebelum penyertaan dilindungi?

Tiada perlindungan penyakit kritikal dan elaun kemasukan hospital untuk penyakit sedia ada sebelum penyertaan.

04

Adakah kos rawatan di hospital akan ditanggung dalam program ini?

Program ini bukan berbentuk medical card, kos rawatan di hospital tidak akan ditanggung.

Cara Permohonan

Hubungi Kami

    Mohon Sekarang