APAKAH SKIM NUTP DANA RESTU?
SKIM BERKUMPULAN PELBAGAI MANFAAT DENGAN 45 PENYAKIT KRITIKAL

Memberi perlindungan kewangan kepada warga guru jika sesuatu musibah berlaku dengan caruman bulanan yang rendah.

Skim ini adalah kerjasama antara NUTP dengan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad untuk memberikan perlindungan kepada kakitangan kerajaan sahaja.

Dana ini diuruskan dengan pengawasan Penasihat Korporat Syariah yang Bertauliah. Skim ini telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri.

NUTP Dana Restu logo
APA YANG DILINDUNGI?

Sebuah perlindungan Takaful yang menyeluruh dengan harga terendah yang khusus untuk warga guru sahaja.

Kematian

Kematian Biasa/Kemalangan

TPD

TPD Biasa/Kemalangan

Penyakit Kritikal

Khairat Kematian

Memberi perlindungan kewangan kepada WARGA GURU jika sesuatu musibah berlaku dengan caruman bulanan yang rendah.

Skim ini adalah gabungan ciri-ciri simpanan dan perlindungan dengan manfaat yang TINGGI.

Permohonan akan diterima tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaan perubatan HANYA untuk WARGA GURU

CIRI-CIRI ISTIMEWA

NUTP DANA RESTU

Caruman tidak kira umur

Caruman yang sama dan tetap untuk semua peringkat umur.

Caruman yang murah

Hanya RM 50 sebulan dengan Perlindungan Komprehensif.

Perlindungan Kemalangan Diri Percuma

Pampasan Kewangan 2 Kali Ganda Bagi Kes Kemalangan

Perlindungan bagi Sekeluarga

Pasangan Dan Anak Boleh Menyertai Skim Ini Selagi Ahli Menyertai Skim Ini

Manfaat tetap walaupun tukar kerja

Ahli masih boleh menikmati manfaat skim ini walaupun telah bertukar tempat kerja selagi sumbangan premium diteruskan

Tiada Pemeriksaan Kesihatan

Sudah Sakit Boleh Mohon Dan Perlindungan Tetap Diberikan.

Manfaat Persaraan

Ahli boleh menerima pulangan berserta dividen apabila bersara (sekurang-kurangnya 12 bulan caruman) atau skim ini secara automatik matang pada umur 65 tahun.

Pelepasan Cukai

Caruman dan simpanan untuk skim ini dikecualikan daripada pengiraan cukai pendapatan. Ahli boleh mendapatkan pelepasan cukai berdasarkan ketetapan semasa LHDN.

Simpanan Masa Depan

Ahli juga boleh sambung perlindungan insuran sehingga umur 65 tahun dan akan menerima pulangan berserta dividen pada tarikh skim ini matang.

Ringkasan Manfaat

NUTP Dana Restu: RM44-RM110/bln. Kematian RM40k-RM100k, kemalangan RM80k-RM200k. 45 penyakit kritikal. Khas warga guru NUTP.
Syarat Penyertaan NUTP Dana Restu

1

Umur ahli dan pasangan kurang daripada 60 tahun.

2

Ahli mesti menyertai skim untuk membolehkan pasangan dan anak ahli turut menyertainya.

3

Umur anak dari 30 hari, atau kurang daripada 23 tahun

4

Penyertaan hanya bermula apabila potongan gaji pertama berkuatkuasa.

Faq
Soalan Lazim (FAQ)

01

Bilakah perlindungan bagi kematian dan kecacatan kekal akan bermula?

Perlindungan bagi kematian dan kecacatan kekal akan bermula selepas potongan gaji pertama dibuat dan sekiranya berlaku kematian dalam tempoh 2 tahun pertama akibat penyakit sedia ada sebelum penyertaan, 50 % daripada jumlah manfaat akan dibayar. Sementara jumlah penuh akan dibayar selepas 2 tahun perlindungan akibat Kematian penyakit sedia ada sebelum penyertaan.

02

Bilakah perlindungan bagi penyakit kritikal dan elaun kemasukan hospital bermula?

Perlindungan bagi penyakit kritikal dan elaun kemasukan hospital hanya akan bermula selepas 30 hari selepas potongan gaji pertama dibuat.

03

Adakah penyakit sedia ada sebelum penyertaan dilindungi?

Tiada perlindungan penyakit kritikal dan elaun kemasukan hospital untuk penyakit sedia ada sebelum penyertaan.

04

Adakah kos rawatan di hospital akan ditanggung dalam program ini?

Program ini bukan berbentuk medical card, kos rawatan di hospital tidak akan ditanggung.

Cara Permohonan

Hubungi Kami

    Mohon Sekarang